Ahad, 11 April 2010

FORMAT PMR-BAHASA MELAYU



Kertas 02/1 - Masa 1 jam

Pengetahuan Tatabahasa ( Soalan Berbentuk Objektif )
Soalan 1-7 : Melengkapkan ayat atau mengisi temapat kosong dengan perkataan yang
sesuai.
Soalan 8-14 : Mengesan kesalahan penggunaan pelbagai jenis kata dan imbuhan dalam
ayat.
Soalan 15-17 : menentukan ketapan penggunaan yang berhuruf condong dalam ayat.
Soalan 18-21 : Menentukan ketepatan bahagian struktur ayat yang digarisi.
Soalan 22-24 : Memilih ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang
dikemukan.
Soalan 25-27 : Memilih ayat-ayat yang betul.
Soalan 28-30 : Mencari maksud atau memilih peribahasa yang sesuai mengikut konteks
atau berdasarkan gambar.
Soalan 31-35 : Soalan pemahaman prosa moden atau prosa moden.
- 2 soalan pemahaman berdasarkan teks, 2 soalan pemahaman tentang
Komsas dan 1 soalan berdasarkan teks keseluruhan.
Soalan 36-40 : Soalan pemahaman puisi moden atau tradisional
- 2 soalan pemahaman berdasarkan teks dan 3 soalan tentang Komsas
berdasarkan teks.

Kertas 02/2 - Masa : 2 jam

Bahagian A : i) Ringkasan
- meringkaskan petikan daripada pelbagai tema dan tajuk.
- 20 markah
ii)Pemahaman berpandukan petikan ringkasan
- 1 soalan maksud rangkai kata
- 2 pemahaman berdasarkan isi petikan
- 3 soalan berbentuk KBKK
- 10 markah
Bahagian B : Karangan berpandukan bahan rangsangan - jenis-jenis bahan rangsangan:
- gambar tunggal
- gambar bersiri
- lukisan kartun
- jadual
- carta pai
- gambar foto
huraikan pendapat berdasarkan bahan rangsangan
panjang tidak melebihi 120 patah kata
20 markah
Bahagian C : Menulis karangan - lima pilihan tajuk
- berdasarkan bidang interpersonal, maklumat dan estetika
- pilih satu sahaja
- panjang karangan mesti melebihi 180 patah kata
- 40 markah
Bahagian D : Kajian Novel ( satu atau dua soalan )
- unsur-unsur asas sastera
- jawaban bersadarkan sama ada novel ting 1, ting 2 atau ting 3.
- 10 markah
- calon juga dikehendaki membandingkan beberapa aspek tentang novel
yang sama atau novel yang lain.

SELAMAT MENGULANGKAJI....

Rabu, 17 Mac 2010

Isnin, 15 Mac 2010


mengenangkan kisah lalu yang tiada kesudahan

Ahad, 14 Mac 2010

TEKNIK PENDAHULUAN KARANGAN


Pelajar di sekolah menengah masa kini menghadapi masalah untuk membina pendahuluan karangan yang baik. Masalah ini dapat dikenal pasti ekoran kurangnya minat pendedahan yang betul dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Terdapat beberapa teknik pendahuluan karangan, antaranya ialah :

1) Teknik Persoalan

2) Teknik Perbandingan Masa

3) Teknik Fakta

4) Teknik Pantun

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah memahami apa kehendak soalan yang dikemukakan. Dapat diberi contoh di sini ialah tentang tajuk ' Masalah Remaja Lari Dari Rumah '.

Teknik Persoalan



Contoh pendahuluan:

Mengapa remaja lari dari rumah? Adakah pihak sekolah yang harus bertanggungjawab dalam kes ini? Apakah peranan ibu bapa sebagai pelindung dan pembentuk keluarga bahagia? Bagaimana reaksi masyarakat dan pemerintah negara kita?
*Penjelasan- Teknik persoalan ini banyak mengundang pertanyaan yang tidak perlu dijawab oleh pelajar dalam penulisan tersebut. Biarkan persoalan itu sebagai pencanang terhadap isu atau tajuk yang dikeluarkan. Setelah siap pendahuluan, mulakan dengan perenggan yang baharu.

Teknik Perbandingan Masa

Contoh pendahuluan.

Zaman dahulu remaja perempuan kebanyakkannya hanya duduk di rumah membantu ibu bapa dalam urusan rumahtangga. Remaja ini tidak banyak perangai dan hanya akur dengan suruhan dan larangan yang diperintah oleh kedua orang tuanya. Tetapi kini , remaja semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini tanpa ada perasaan segan dan silu. Remaja kini lebih mudah terpengaruhi dengan hiburan dan kemewahan.

Teknik Fakta
Contoh pendahuluan.

Sikap ingin tahu remaja kini banyak mengundang kepada kehancuran dan ke lembah maksiat. Bertindak tanpa berfikir dahulu kesan dan akibat menyebabkan ramai remaja lari dari rumah untuk mencari kebebasan hidup untuk bersama -sama dengan teman lelakinya.

Teknik Pantun

Contoh pendahuluan


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan.

* Pantun yang dikemukan haruslah mempunyai maksud yang ada kaitan dengan tajuk karangan.Barulah diikuti dengan pernggan yang pertama.


Sekian.

Perkongsian Hidup

Insan yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai aura yang tersendiri.. Kurniaan Allah tidak terhingga nikmatnya yang menjadikan kita manusia yang berguna. Lumrah kehidup sentiasa berpusing umpama putaran roda yang mengungkai segala-galanya . Kala suka kalanya duka.. Perkongsian hidupku seumpama begitu. Yang nyata hidupku bahagia dengan dikelilingi orang yang kusayang.
Ingat tip hidup bahagia..