Ahad, 14 Mac 2010

TEKNIK PENDAHULUAN KARANGAN


Pelajar di sekolah menengah masa kini menghadapi masalah untuk membina pendahuluan karangan yang baik. Masalah ini dapat dikenal pasti ekoran kurangnya minat pendedahan yang betul dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Terdapat beberapa teknik pendahuluan karangan, antaranya ialah :

1) Teknik Persoalan

2) Teknik Perbandingan Masa

3) Teknik Fakta

4) Teknik Pantun

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah memahami apa kehendak soalan yang dikemukakan. Dapat diberi contoh di sini ialah tentang tajuk ' Masalah Remaja Lari Dari Rumah '.

Teknik Persoalan



Contoh pendahuluan:

Mengapa remaja lari dari rumah? Adakah pihak sekolah yang harus bertanggungjawab dalam kes ini? Apakah peranan ibu bapa sebagai pelindung dan pembentuk keluarga bahagia? Bagaimana reaksi masyarakat dan pemerintah negara kita?
*Penjelasan- Teknik persoalan ini banyak mengundang pertanyaan yang tidak perlu dijawab oleh pelajar dalam penulisan tersebut. Biarkan persoalan itu sebagai pencanang terhadap isu atau tajuk yang dikeluarkan. Setelah siap pendahuluan, mulakan dengan perenggan yang baharu.

Teknik Perbandingan Masa

Contoh pendahuluan.

Zaman dahulu remaja perempuan kebanyakkannya hanya duduk di rumah membantu ibu bapa dalam urusan rumahtangga. Remaja ini tidak banyak perangai dan hanya akur dengan suruhan dan larangan yang diperintah oleh kedua orang tuanya. Tetapi kini , remaja semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini tanpa ada perasaan segan dan silu. Remaja kini lebih mudah terpengaruhi dengan hiburan dan kemewahan.

Teknik Fakta
Contoh pendahuluan.

Sikap ingin tahu remaja kini banyak mengundang kepada kehancuran dan ke lembah maksiat. Bertindak tanpa berfikir dahulu kesan dan akibat menyebabkan ramai remaja lari dari rumah untuk mencari kebebasan hidup untuk bersama -sama dengan teman lelakinya.

Teknik Pantun

Contoh pendahuluan


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan.

* Pantun yang dikemukan haruslah mempunyai maksud yang ada kaitan dengan tajuk karangan.Barulah diikuti dengan pernggan yang pertama.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan